Dipaksa ketuk ketampi 150 kali kerana ‘seludup’ snek dalam asrama, pelajar alami cacat kekal & kemurungan

Dipaksa ketuk ketampi 150 kali kerana ‘seludup’ snek dalam asrama, pelajar alami cacat kekal & kemurungan

Gara-gara dipercayai membawa snek masuk ke asrama, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menerima padah apabila dia dikatakan dipaksa melakukan 150 kali squats sebagai denda atas kesalahan tersebut.

Denda yang dikenakan telah menyebabkan dia mengalami kecacatan kekal dan kejadian tersebut berlaku di Sekolah Menengah Vokasional Xianshi di Provinsi Sichuan, China.

Nafi snek tersebut miliknya

Foto: The Sun UK

Memetik laporan The Sun UK, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam, 10 Jun yang lalu, dan ketua pelajar sekolah dikenali sebagai Mu menjelaskan dia menjumpai snek tersebut di atas katil pelajar berkenaan sebelum mengarahkan remaja ini untuk melakukan 300 squats. Bagaimanapun, remaja ini menyangkal snek tersebut adalah miliknya dan turut menceritakan mengenai kecederaan kaki yang pernah dialaminya pada April tahun lalu.

Mengulas lebih lanjut, Mu dipercayai tetap berkeras menyuruh mangsa meneruskan squats tersebut di bawah pemantauan seorang guru yang didakwa tidak menghentikan ‘penderaan’ tersebut. Susulan daripada itu, mangsa dilaporkan menjalani pembedahan di kakinya di pelbagai hospital di bandar Luzhou dan Chengdu.

Apa yang lebih menyedihkan, apabila doktor menjelaskan dia mengalami cacat kekal dan perlu menggunakan tongkat untuk berjalan. Selepas insiden tersebut, remaja ini disahkan mengalami depresi dan pihak sekolah telah menawarkan RMB 109,774 (anggaran RM 71,165.10) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa namun, telah ditolak oleh keluarganya.

Difahamkan, guru yang terlibat dalam insiden itu telah dipecat pada 14 Julai lalu dan siasatan lanjut masih berjalan.

Sumber: The Sun UK

COMMENTS