Dilayan & disuap cef terkenal Salt Bae, Aeril Zafrel berhabis RM10k makan stik mewah

Dilayan & disuap cef terkenal Salt Bae, Aeril Zafrel berhabis RM10k makan stik mewah

 

 

 

 

Aktor dan usahawan, Aeril Zafrel menjadi tumpuan netizen selepas menikmati hidangan stik di restoran mewah milik tukang masak terkenal iaitu Salt Bae sempena percutiannya di London, United Kingdom ketika ini.

Lebih menarik perhatian ramai apabila makanan yang dinikmati bersama isteri Wawa Zainal dan beberapa rakan lain seperti pasangan, selebriti Raf Yaakob dan Mawar Rashid mencecah sehingga RM10,065.

Menerusi satu video dimuat naik di laman Instagram, Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari dilihat sedang menyaksikan ‘pertunjukan’ tukang masak dari Turki itu dalam menyediakan menu daging istimewa.

tulah, lepas ni kalau nak makan kena tengok harga dulu,” seloroh pelakon berusia 34 tahun itu seolah-olah ‘menyesal’ dengan harga hidangan tersebut.

Video berdurasi 45 saat berkenaan turut memaparkan dia ‘disuap’ oleh Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe selain berpeluang untuk merakam gambar kenangan bersama tukang masak profesional itu.

Pada penghujung video, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu hanya mampu mengangguk-angguk kepalanya selepas menerima resit sebelum mengira jumlah harga makanan dalam Ringgit Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai harga hidangan terbabit yang disamakan dengan makanan golongan kayangan.

Bagaimanapun, segelintir individu menganggap harga itu adalah berbaloi dengan kelazatan dan tahap populariti restoran berkenaan apatah lagi dihidang sendiri oleh Salt Bae.

Makan untuk setahun.. macam duit hantaran

Berbaloi la tu, makan kat luar negara

terdahulu,  Aeril Zafrel mendapat kejutan hadiah berupa kereta mewah Lamborghini Aventador daripada isterinya juga pelakon Wawa Zainal.

Aeril, 34, atau nama sebenarnya Suhairul Sunari berkata, dia sama sekali tidak menjangka Wawa menghadiahkan kereta itu.

Saya memang tak tahu dia beli. Sebelum ini saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada Wawa nak beli kereta ini. Waktu itu dia tak bagi sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu diselesaikan.

“Mungkin sudah saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa, dua tiga tahun selepas itu tukar kereta lain pula. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi impian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aeril, dia beranggapan kejutan diberikan Wawa itu adalah sekadar untuk disewa.

“Sebak bila dapat hadiah. Selepas saya pandu, Wawa bagi geran. Pada mulanya saya ingat kereta sewa. Sebab ada juga kawan kami yang jenis sewa.

“Menggigil juga bawa. Sebab bukan macam kereta biasa. Sebelum ini tak pernah pandu uji pun. Apabila dapat pandu sendiri, rasa tak sangka,” katanya.

Aeril berkata, edisi Lamborghini itu sudah tidak dikeluarkan selain memang inginkan warna kuning.

Sementara itu, Wawa menerusi hantaran di Instagram berkata, hadiah itu tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan dibuat Aeril selama ini.

“Sayang, hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang kau buat untuk keluarga kita selama ini.

“Hampir enam tahun bisnes, saya rasa ini masa untuk ‘reward’ Aeril dengan benda yang dia idamkan selama ini. Dia lah tulang belakang di setiap kejayaan saya. Terima kasih sayang untuk segalanya,” katanya.

Lihat Video Ini: