Dilamar depan isteri sendiri, Izzu Islam geram tidakan kurang sopan peminat

Dilamar depan isteri sendiri, Izzu Islam geram tidakan kurang sopan peminat

Menurut Izzue, berkemungkinan rawatan tersebut akan dijalankan pada hujung tahun ini atau pertengahahan tahun hadapan.

“Berita gembira, hujung tahun ini atau tahun depan sebab saya masih lagi mencari masa yang sesuai. Perancangan memang hujung tahun ini, tengok kepada jadual kami sekarang ini, boleh buat tetapi untuk jangka masa panjang itu tak boleh.

“Mungkin kalau tak hujung tahun ini, masuk ke pertengahan tahun hadapan.

“Insya-Allah kalau ada berita gembira, kami akan kongsikan,” kongsi Izzue.

Disoal adakah Izzue dan isteri akan mengambil anak angkat, pelakon Rindu Kasih ini berkata di masih mahu berusaha sendiri.

“Terlintas itu memang ada, tapi buat masa ini keputusan kami memang nak usahakan sendiri dahulu, kalau ada rezeki zuriat sendiri InsyaAllah.

“Sebab susah juga nak jaga anak orang ini, lagi-lagi pula nak angkat. Takut tak terjaga, tersalah jaga ke, apa-apa yang jadi kita juga kena bertanggungjawab dan kita juga yang susah.

“Dalam masa sama, ada juga yang mesej DM saya nak beri bayi mereka, tapi kami respon dengan meminta maaf sebab belum bersedia,” katanya.

Lebih mengejutkan, Izzue juga berkongsi bahawa terdapat individu yang menawarkan diri untuk dijadikan isteri kedua secara berdepan.

“Jujur cakap memang ada, benda ini memang dah jadi, ini betul-betul datang depan-depan.

“Benda ini berlaku pertengahan tahun ini, saya dan isteri ada sekali dan ada seorang perempuan datang jumpa saya dan isteri macam biasa, ambil gambar, borak-borak.

“Tiba-tiba dia tanya isteri saya ” you kalau you okay, I boleh jadi nombor dua’. Saya tergamam sebentar ingat salah bual ke apa ke. Jadi kami ingat bergurau.

@melodiberapi

Ada seorang perempuan datang dan tawar diri nak jadi isteri no2 dan nak bg anak untuk izzue.. ehhh zaman sekarang mmg ramai ke orang berani erkk… min pun takutttt!!! 😣😣 #melodi #tv3 #izzueislam #fypシ #sensasi #panas #fypage #kabinet #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Melodi – Melodi

“Tapi rupanya serius, dia kata kalau betul saya mahukan zuriat, dia boleh jadi isteri kedua, dia boleh beri zuriat. Saya dan isteri terkedu. Kami tak tahu nak respon apa ketika itu.

“Sumpah ini pertama kali berlaku depan mata kami dan dia sendiri yang tawarkan dan kami tak pasti dia gurau ataupun serius tetapi cara dia nampak beria sangat,” cerita Izzue.

Tambah Izzue, dia berkata tindakan individu tersebut buat dirinya marah dan kurang senang malah berharap individu itu menjaga sensitiviti seseorang .

“Saya tak pernah jumpa sebelum ini. Pertamanya, saya tak cam wajah dia tapi cara borak itu memang macam dah kenal lama. Cara dia tegur saya dan isteri sangat ramah.

“Tapi bila dia cakap macam itu, saya marah sebenarnya. Saya tak nafikan, memang ada kesan.

“Dia buat kami terfikir, tapi mungkin itu niatnya untuk saya dan isteri berfikir tetapi kami tidak bergaduh. Kesannya kami balik dan berfikir ada juga manusia sebegini.

“Kita nak kena berjaga-jaga, mana-mana kita pergi kita kena bersedia dengan sesiapa di sekeliling.

“Saya minta tolong sangat-sangat tolong jaga hati isteri saya, jangan buat perangai sebegitu, awak perempuan, bertudung pula, tak manis seorang perempuan buat begitu pada isteri dan suami orang. Takut nanti kena batang hidung sendiri,” tegasnya.

Untuk info, Izzue mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

Sumber: Melodi TV3

kredit: Youtube TV3 Malaysia Offical & TikTok melodiberapi