Dikompaun RM10,000 degil benarkan pelanggan makan dalam kedai
Umum mengetahui sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mana-mana individu tidak boleh makan di restoran (dine in) seperti biasa dan perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Peniaga dikompaun RM10k
Foto: Harian Metro
Terbaru, lapor Harian Metro seorang peniaga warung di Sungai Petani, Kedah telah dikenakan kompaun sebanyak RM10k berikutan membenarkan pelanggannya untuk makan di tapak tempat letak kereta Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Ujar Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah semasa pemeriksaan dibuat terdapat beberapa pelanggan yang sedang makan cuba melarikan diri susulan melihat kehadiran pihak polis.
Berikutan itu, peniaga terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lelaki itu didapati gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana membenarkan pelanggan makan di kedai.
Pada masa yang sama, Adzli turut menjelaskan pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dan tidak memilih ‘kasih’ dalam mengenakan kompaun terhadap mana-mana individu yang didapati melanggarnya.
Sumber: Harian Metro