Dijumpai di Cajamarquilla, Mumia diikat dengan tali dipercayai berusia 1000 tahun

Dijumpai di Cajamarquilla, Mumia diikat dengan tali dipercayai berusia 1000 tahun

Para arkeologi menemukan mumia yang berusia 1000 tahun di tapak Cajamarquilla, Peru. Misteri mumia yang telah diikat dengan dan dibalut kain itu pun akhirnya terbongkar. Menurut Live Science, mumia yang ditemukan tersebut dalam keadaan baring membongkok seperti janin dan diikat dengan tali.

Para pengkaji yang menganalisis menyangka bahawa mumia tersebut merupakan seorang lelaki berusia 18 hingga 22 tahun. Mumia yang dikuburkan tersebut telah meninggal kira-kira 1,200-800 tahun yang lalu dan berkemungkinan merupakan putra kepada seorang saudagar kaya.

Untuk makluman, sewaktu mumia ini dikuburkan, Cajamarquilla merupakan kota yang maju terletak dik sebelah kanan sungai Rímac, sekitar 25 kilometer ke pendalaman.

Para pengkaji menyatakan bahawa kota tersebut merupakan tempat orang-orang dari daerah persisir dan pergunungan Peru terlibat dengan kegiatan perdagangan. Ketika itu, Berkemungkinan lebih dari 10,000 orang telah tinggal di kota tersebut.

Mumia ini ditemukan di sebuah makam bawah tanah dan masih terpelihara dengan baik. Mumia yang ditemukan dengan kain dan diikat dengan tali merupakan hal umum bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan di Cajamarquilla di masa lampau.

Seorang profesor arkeologi di Universiti Nasional San Marcos yang memimpin tim Pieter Van Dalen Luna, beliau mengatakan bahawa penyelidik juga menemukan sisa-sisa anjing dan arnab di samping mumia bersama sisa jagung dan sayuran lainnya.

Anggota keluarga mengunjungi makam mumia tersebut setelah pengebumiannya untuk memberikan persembahan. “Setelah jenazah ditempatkan di makam, berlaku peristiwa dan aktiviti yang terus berlansung,” ucap Van Dalen Luna.

Ini bermakna, keturunannya terus datang dan kembali setelah bertahun-tahun. keluarganya meletakkan makanan dan persembahan di sana termasuk moluska. Namun sekarang, mumia tersebut telah dipamerkan di muzium Universiti Nasional San Marcos dan para penyelidik masih terus menganalisis mumia yang berusia 1000 tahun itu.

Sumber: Live Science