Dihubungi polis atas dakwaan dera anak, Ezad Lazim buka mulut, cerita kejadian sebenar

Dihubungi polis atas dakwaan dera anak, Ezad Lazim buka mulut, cerita kejadian sebenar

Gara-gara salah faham, isteri kepada penyanyi Ezad Lazim telah dihubungi oleh pihak polis selepas menerima laporan yang mendakwa pasangan ini mendera anak bongsu mereka yang berusia enam tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ezad Lazim telah membuka mulut menjelaskan kejadian sebenar dan mendakwa ianya hanyalah salah faham.

 

‘Adk-beradik ni selalu gaduh’

Foto: Instagram Ezad Lazim

Menurut penyanyi lagu Hati Mati ini, kemungkinan salah faham tersebut mula tercetus selepas dia memuat naik gambar anak bongsunya, Putera Muhammad Darwish menerima rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat dipukul dengan penyangkut baju oleh kakaknya, Puteri Rania Keisha.

Adik-beradik ni selalu bergaduh. Memang berdarah banyak. Kami yang tengok pun rasa nak pitam, darah penuh dekat lantai. Kakak dia pun menangis minta maaf kata tak sengaja pukul kuat.

Menerusi satu video lain, Ezad memaklumkan dia tidak tahu siapakah gerangan individu yang membuat laporan polis mendakwa dia dan isteri mendera anak bongsu mereka itu.

Saya pun tak sangka isteri saya dapat panggilan dari pihak berkuasa katanya. Mereka dapat report tentang kami telah melakukan penderaan pada anak kami kerana tular semalam video dan gambar anak lelaki kami mengalami pendarahan yang banyak di kepalanya.

Sementara itu, pasangan ini memohon maaf dan mengakui kecuaian mereka dalam menjaga anak-anak sehingga perkara sebegini boleh terjadi. Jelasnya lagi, mereka langsung tidak keberatan sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan terhadap dia dan isteri.

Penjelasan Ezad Lazim

 

Sumber: Ezad Lazim