Difitnah ‘berselera’ dengan kaum sejenis, ini balas Iqbal Zulkefli
Manakan tidak, baru-baru ini Iqbal mendedahkan bahawa dia telah difitnah mempunyai kecenderungan meminati kaum lelaki berbanding wanita.
Kata Iqbal, dakwaan itu muncul setelah satu akaun di aplikasi Twitter tampil mempersoalkan seksualitinya sebagai lelaki tulen.
“Dia bukan gay ke?” tulis pengendali akaun Twitter tersebut yang kemudiannya menjadi tular.
Enggan mengeruhkan keadaan, Iqbal kemudiannya membuat penafian menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, sebentar tadi.
Terdahulu, Iqbal pernah dituduh menjadi ‘anak ikan’ DS Vida apabila hubungan mereka dilihat semakin rapat dan intim.
Malah, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga dikatakan cuba menumpang populariti DS Vida.
Episod kontroversi melibatkan nama Iqbal mula menjadi bahan bualan netizen apabila dia tampil meluahkan hasrat untuk mengahwini usahawan kosmetik itu namun terhalang disebabkan oleh keengganan anak DS Vida iaitu Cik B membenarkan ibunya berkahwin sekali lagi.
Namun, pada hari Sabtu lalu, Iqbal memaklumkan bahawa dia sudah mula berasa putus asa dan tidak akan memaksa Vida untuk mendirikan rumah tangga bersamanya kerana ingin menjaga maruah daripada diperkecilkan oleh netizen.
SUMBER : Instagram Iqbal Zulkefli