Didakwa sokong geng ‘pelangi’, Caprice akan hubungi Ning Baizura

Didakwa sokong geng ‘pelangi’, Caprice akan hubungi Ning Baizura

 

Baru-baru, nama penyanyi berlunak merdu, Ning Baizura menjadi bualan warganet apabila dia memberikan sokongan kepada golongan LGBTQ terutama tular kes 20 individu terdiri daripada ‘drag queens’ dan  ‘transgender’ ditangkap oleh pihak berkuasa sewaktu sambutan Halloween, baru-baru ini.

Menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter, penyanyi berusia 47 tahun itu menunjukkan tanda sokongan kepada golongan ‘tertindas’ tersebut dengan memuat naik video nyanyian lagu berjudul Pelangi Untukmu ketika hadir ke sebuah majlis di Shangri Hotel.

Kita semua adalah ‘pelangi’

Bukan itu sahaja, bahkan pemilik nama Ning Baizura Sheikh Hamzah sendiri berkongsi ‘reels’ di laman Instagram miliknya sebagai tanda sokongan kepada geng ‘pelangi’ tersebut.

 

 

Kita perlukan seorang ‘jurucakap’ untuk mempertahankan golongan LGBTQ

Selain itu, pelatun lagu Awan Yang Terpilu itu meluahkan kekecewaan melihat tindakan pihak bertanggungjawab kerana tidak memberi kebebasan kepada golongan LGBTQ.

Caprice akan cuba dapatkan Ning Baizura

Tidak berdiam diri, seorang penyanyi rap sensasi, Caprice yang sentiasa ‘prihatin’ menyiasat situasi sebenar tampil memberitahu dia sendiri akan mendapatkan info dan maklumat daripada Ning Baizura sendiri.

Kata Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, ramai menghubunginya mengenai isu tersebut meskipun agak sibuk sejak kebelakangan ini.

Sekadar info, Ning Baizura juga aada memuat naik beberapa hantaran sebagai tanda sokongan kepada golongan berkenaan di laman Instagram. Malangnya, dia memadam hantaran tersebut setelah ramai netizen tampil memberikan kecaman terhadap tindakannya.

Sumber: Twitter @notsoaidil, Instagram @capricedaddycap@ningdalton