Didakwa pernah jadi kekasih Ira Kazar, pelakon Haris Kamal buat laporan polis akibat netizen up gambar lama
Sebut saja nama Ira Kazar, korang sudah pasti mendengar pelbagai kisah dan gosip mengenai gadis ini yang didakwa merupakan orang ketiga dalam rumah tangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.
Dituduh bekas kekasih Ira Kazar
Menerusi perkongsian pelakon Hanis Kamal Bakar, 35, di Instagram, dia menuntut pemilik posting di TikTok untuk menurunkan gambarnya bersama Ira selepas dia dituduh pernah bercinta dan merupakan bekas kekasih anak kepada pelakon senior Kazar itu.
Menurutnya, tuduhan melulu itu membuatkan dia kesal lagi-lagi apabila dia mengenali dan ingin menjaga hubungan baik dengan Ira dan Kazar termasuklah aktres, Puteri Sarah Liyana.
Benda-benda yang negatif jangan la up di media sosial kerana akan mengundang fitnah. Benda yang tak sahih jangan diperkatakan kalau tidak tahu perkara sebenar.
“Jangan memandai mandai up kan gambar-gambar dan tidak mintak izin dari tuan punya badan. Kami boleh saman orang tersebut,” tulisnya.
Buat laporan polis
Bimbang kes menjadi buruk, pelakon ini kemudian tampil membuat laporan polis bagi melindungi diri, keluarga, kerjaya serta bisnesnya.
Alhamdulillah selesai kami buat Report untuk stage 1. Jika berdegil kami akan teruskan dengan tindakan seterusnya. Kami terima nasihat dari pihak berkuasa.
“Harap pihak di sana mohon awak delete video yang ada gambar Pelakon Hanis Kamal Bakar jika tidak berbuat demikian kami akan ke stage yang seterusnya. Kami masih ada hati dan perasaan kami. Hope jangan step of our head. Belajar dari kesilapan,” katanya lagi.
Hanis juga katanya akan merujuk kes tersebut ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sekiranya pemilik akaun berdegil dan tidak mahu memadamkan posting berkenaan.
Perkara lama tak perlulah kita up semula tanpa kebenaran pemilik gambar. Lagipun orangnya dah berkahwin. Sedikit sebanyak mesti terguris hati isterinya kan?