Didakwa langgar SOP, Neelofa & Haris mengaku tak bersalah

Didakwa langgar SOP, Neelofa & Haris mengaku tak bersalah

Sejak kebelakangan ini, pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau turut dikenali dengan panggilan PU Riz terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan tentang melanggar prosedur operasi standart (SOP).

Pun begitu, terbaru pada pagi tadi pasangan ini dilihat sudah tiba dengan sebuah kereta di Mahkamah Majistret Seremban.

Sebuah video juga tular diruangan media sosial yang memaparkan Neelofa dan Haris Alif sampai menaiki sebuah kereta.

Walau bagaimanapun, menerusi sumber Astro Awani mengatakan bahawa Neelofa dan suaminya itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, Haris Ismail menghadapi dua pertuduhan dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000. Sehubungan dengan itu juga, isterinya yang merupakan usahawan popular dikenakan ikat jamin berjumlah RM5000.

Isu yang melibatkan pasangan suami isteri selebriti ini bagaimanapun turut kecoh dibualkan kelmarin. Pada 2 Mei lalu, Neelofa mengundang netizen kecewa apabila dia dikatakan memuat naik foto dan video dimana dia dan suami berada disebuah kedai karpet di Nilai.

Neelofa

Menerusi sumber juga, Neelofa dan Haris Ismail didakwa selepas gagal scan Mysejahtera atau menulis kedatangan mereka ke premis tersebut yang mana ia satu perkara yang perlu dilakukan oleh sesiapa sahaja sebelum memasuki sesebuah premis.

Suami Neelofa bagaimanapun juga didakwa satu pertuduhan lagi dimana dia tidak memakai mask di tempat awam.