Didakwa kerap daki Gunung Kinabalu, banduan lolos panjat dinding lokap sekelip mata

Didakwa kerap daki Gunung Kinabalu, banduan lolos panjat dinding lokap sekelip mata

 

Sejak semalam, media telah mewar-warkan berita seorang tahanan bernama Nazri Hassan yang berjaya melarikan diri dari Lokap Berpusat Kapayan, Kota Kinabalu, Sabah pada 16 Disember.

Difahamkan sebelum kejadian berlaku, seorang petugas lokap sedang mengiringi 3 orang suspek menuju ke bilik siasatan bagi menjalani proses soal siasat.

Kurang 10 saat ditinggalkan seketika, Nazri Hassan yang berada di posisi kanan tiba-tiba memanjat pintu jeriji lokap dan berjaya meloloskan diri dalam masa yang sangat singkat.

Bukan sahaja 2 tahanan, malahan polis terbabit juga menjadi terpinga-pinga kerana cuma melihat kelibat kaki Nazri setelah kembali ke ruang tersebut.

Meskipun usaha mengejar sudah dibuat sehabis baik, Nazri yang berbaju ungu amat tangkas bergerak melarikan diri ke kawasan belukar sehingga gagal dikesan.

Pihak berkuasa kemudiannya menjalankan operasi khas bagi menangkap Nazri secepat mungkin.

Namun kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, tahanan ini akhirnya berjaya diberkas polis di sekitar kawasan hutan Tuaran selepas 48 jam melarikan diri.

Menurut dakwaan, Nazri Hassan sudah biasa menaiki Gunung Kinabalu dan mungkin kekuatan itu dijadikan sebagai taktik untuk lolos dari penjara dengan cukup mudah.