Dicekik betul-betul dalam lakonan, Mona Allen berang dengan Iqram Dinzly

Dicekik betul-betul dalam lakonan, Mona Allen berang dengan Iqram Dinzly

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai perkongsikan pelakon Mona Allen yang meluahkan rasa marah apabila dicekik terlalu kuat oleh rakan gandingannya, Iqram Dinzly ketika melakonkan babak aksi.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Mona berkata Iqram tetap mengulangi perbuatannya itu walaupun sudah beberapa kali ditegur.

“Bila orang suruh berlakon, berlakon je lah. Tak payah buat betul-betul. Method sangat. Lepas ni jangan harap nak ada babak bersama.

“Kau punya meroyan sama macam dalam live. Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali. Bukan sekali dua babak dia cekik saya. Setiap kali mesti sakit. Dah cakap elok-elok tak mahu dengar,” tulisnya.

Terdahulu, babak Iqram mencekik Mona menerusi drama Hati Yang Dikhianati turut dikongsikan pelakon Mia Nasir di Instagram.

Sementara itu, Iqram yang dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu demi menghabiskan penggambaran secepat mungkin.

“Saya tak mahu komen dulu hal ni sebab tinggal beberapa babak sahaja. Risau nanti keruhkan keadaan,” katanya.