Dicampak dari bot, kanak-kanak terapung di tengah laut selama 3 jam berjaya diselamatkan

Dicampak dari bot, kanak-kanak terapung di tengah laut selama 3 jam berjaya diselamatkan

Di Kepulauan Seribu, Indonesia, Angkatan Laut Indonesia telah menemui seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang kelihatan terapung di tengah laut selama tiga jam. Ini kali pertama pasukan Angkatan Laut Indonesia menemui kanak-kanak di tengah lautan ketika mereka membuat rondaan di situ pada Jumaat lalu, 18 Jun 2021.

Terlihat objek terapung

Menurut Komander Jeneral Angkatan Laut Indonesia iaitu Nanang Khunaifi melaporkan pasukannya terlihat visual objek yang terapung pada jarak jauh 100 meter. Tetapi apabila tiba pada jarak 50 meter, mereka terlihat seorang kanak-kanak yang terapung di lautan dan cuba berenang untuk menyelamatkan diri.

Sekitar jam 8.30 waktu tempatan, KRI Sembilang-850, yang melakukan rondaan keselamatan marin di perairan Pulau Laki Barat Laut, melalui penyelianya melihat kontak visual objek terapung di haluan lambung kiri pada jarak 100 meter. Setelah mendekati kira-kira jarak 50 meter, sosok seseorang kelihatan sedang terapung.

Kanak-kanak itu berusaha untuk mempertahankan daya apungnya, berenang tanpa hala tuju kerana dia tidak tahu di mana daratan. Pasukan penyelamat membawanya naik ke dalam bot penyelamat dan seterusnya membawanya ke KRI Sembilang-850 untuk pertolongan cemas.

Susulan itu, Komander KRI SBL-850 mengarahkan sepasukan dan bot penyelamat untuk melakukan penyelamatan dan evakuasi di perairan tersebut.

Detik cemas temui kanak-kanak di lautan

Difahamkan, kanak-kanak bernama Ridho Ilhami itu merupakan seorang pelajar dari Pulau Harapan Kepulauan Seribu. Hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dipercayai dicampak ke lautan ketika menaiki sebuah speedboat dari Kronjo Banten ke Pulau Harapan.

Dipercayai kanak-kanak itu telah terjatuh dalam perjalanan dan berusaha untuk terapung selama tiga jam tanpa hala tuju di tengah lautan. Terbaharu, kanak-kanak tersebut telah disatukan dengan keluarganya semula ketika dibawa ke Pos Tentera Laut Untung Jawa (Posal) untuk siasatan.

Sumber: Tribun Timur