Dicabar main gitar sambil nyanyi, Suaranya buat ramai warganet cair

Bakat yang ada pada seseorang itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Biarpun ia adalah satu anugerah, namun jika diasah dan diberikan latihan pasti bakat itu akan menjadi sesuatu yang lebih berharga serta boleh mencari rezeki dengannya.

Tidak kira apa juga bakat yang korang ada, pastinya setiap satu menjadi kelebihan pada diri. Sama seperti bakat nyanyian seorang pemuda dalam video Tiktok ini. Menerusi perkongsian satu rakaman tersebut kelihatan pada awalnya pemuda ini dicabar nyanyi sambil main gitar.

Kedengaran pemuda itu dicabar oleh dua lelaki lain yang sedang ‘chat’ dengannya selepas ternampak ada gitar di belakangnya. Menyahut cabaran itu, lelaki itu mula menyanyi sambil bermain gitar.

Sekali pemuda ini menyanyi suaranya sedap dan merdu betul! Layan habislah suara nyanyiannya itu. Berikut adalah video pemuda yang dicabar nyanyi sambil main gitar yang dimuat naik menerusi satu akaun Tiktok ini:
Perkongsian video ini telah meraih lebih 330 ribu tontonan dan 14 ribu likes. Rata-rata warganet memuji suara nyanyian lelaki ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen.
Selain dari video ini, satu lagi rakaman pemuda tersebut menyanyi turut mencuri perhatian ramai. Berikut adalah rakaman tersebut: