‘Dianiaya’ suami sendiri time review, “suke sangat eh”
Ramai pengguna media sosial yang kini memilih untuk membuat review makanan bagi kandungan media sosial mereka.
Review makanan bukan sahaja dapat menarik minat ramai foodie, malah turut dapat membantu orang lain membuat keputusan sama ada mereka patut membeli sesuatu produk itu atau tidak.
Biasanya video review dilakukan seorang diri atau bersama rakan-rakan seperti mukbang. Jika dilakukan bersama suami pula, pasti mereka akan mengambil peluang untuk berjenaka tanpa pengetahuan isteri.
Dalam video yang telah meraih tumpuan ramai di TikTok, seorang wanita dilihat sedang menikmati chocojar bersama suaminya.
Wanita tersebut mencuba sejenis chocojar sementara suaminya yang duduk di belakang menyuapkan jenis yang lain kepadanya.
Namun apa yang dia tidak tahu adalah suaminya telah memasukkan dahulu chocojar yang dicedok ke dalam mulutnya sendiri sebelum menyuapkan kepada isterinya.