Diam-diam jadi penumpang, Anthony Loke turun padang tinjau keadaan LRT Kelana Jaya

Diam-diam jadi penumpang, Anthony Loke turun padang tinjau keadaan LRT Kelana Jaya

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke hari ini telah meninjau LRT di laluan Kelana Jaya bagi melihat keadaan sebenar yang berlaku di kawasan berkenaan.

injauan selama dua jam itu dilakukan sekitar jam 5 hingga 7 petang, di mana ia merupakan waktu yang agak sibuk (peak hours) bagi rakyat Malaysia yang mahu pulang ke rumah.

Kredit: Facebook Anthony Loke
Kredit: Facebook Anthony Loke

Beliau yang dilihat hanya berpakaian biasa ketika melakukan tinjauan tersebut memaklumkan bahawa tiada pihak pengurusan yang mengetahui tentang kehadirannya.

Kredit: Facebook Anthony Loke
Kredit: Facebook Anthony Loke

“Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari,” katanya dalam sebuah perkongsian di Facebook.

 

Kredit: Facebook Anthony Loke

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa simpati tentang masalah yang perlu ditanggung oleh penumpang LRT.

Beliau turut memaklumkan bahawa masalah tersebut akan segera ditangani dalam mesyuarat yang bakal diadakan.

“Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan halatuju dan cara untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” tambahnya.

 

Kredit: Facebook Anthony Loke
Kredit: Facebook Anthony Loke

Perkongsian yang dimuatnaik oleh Menteri Pengangkutan itu juga turut meraih pujian daripada warganet apabila beliau dilihat meninjau kawasan secara senyap-senyap.

Terdahulu, LRT Laluan Kelana Jaya menjadi tumpuan selepas mengalami gangguan perkhidmatan bulan lalu.

Dalam pada itu, selain Menteri Pengangkutan yang menjalankan tugas beliau pada hari pertama, beberapa menteri yang lain turut dilaporkan sudah memulakan tugas di kementerian masing-masing hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dilaporkan telah mengimbas kad perakam sewaktu beliau memulakan tugas di kementerian berkenaan.

Selain itu, Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil dilaporkan telah memulakan tugas secara rasmi setelah melakukan imbasan di mesin kedatangan di Kementerian Komunikasi Digital.

Bukan itu sahaja, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah memulakan tugas secara rasmi di pejabatnya yang terletak di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook