“Dia selalu ugut untuk buat saya gila”, Akibat tolak lamaran, guru tabika disimbah asid

“Dia selalu ugut untuk buat saya gila”, Akibat tolak lamaran, guru tabika disimbah asid

Seorang guru tabika berusia 27 tahun telah menjadi mangsa simbahan asid gara-gara menolak lamaran seorang lelaki yang baru dikenali selama tiga bulan di Sumatera Selatan, Indonesia.

 

Hanya kenal selama tiga bulan

Ketika mangsa, Meli Handayani memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Sumatera Selatan, dia berasa geram terhadap lelaki berkenaan dikenali sebagai Sukarji yang sanggup menyimbah asid pada dirinya sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian matanya sehingga perlu menjalani pembedahan.

Ketika ditanya mengenai suspek yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa bersama suspek, Meli menolak dakwaan tersebut kerana mereka hanya mengenali selama tiga bulan sahaja.

Saya tidak tahu apa yang dia fikirkan. Cuma selama kami kenal, dia seorang yang mempunyai perangai. Memang patut saya fikir apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Sering diugut oleh suspek

Sekadar gambar hiasan

Semasa mereka mengenali antara satu sama lain, wanita berkenaan mengatakan bahawa dia sering menerima ugutan daripada suspek yang mengaku mencintainya. Walau bagaimanapun, Meli dikatakan telah melakukan pelbagai cara untuk menolak lamaran lelaki berkenaan.

Dia selalu ugut saya dan yang paling selalu dia cakap pada saya, dia ingin membuat saya jadi gila.

Demi membuktikan cintanya terhadap wanita berkenaan, suspek dikatakan nekad untuk pergi ke rumah wanita itu bertemu dengan keluarga untuk masuk meminang Meli. Tindakan lelaki berkenaan membuatkan mangsa terkejut dan menolak dakwaan yang mengatakan sebenarnya mangsa yang mahu suspek datang ke rumahnya itu.

Kemudiannya, wanita berkenaan memberitahu kepada suspek bahawa mereka masih berada dalam fasa berkawan dan enggan memberitahu keluarganya. Akibat daripada itu, suspek dikatakan telah mengamuk dan mengoyakkan duit-duitnya di hadapan rumah.

Sanggup serang guna asid

Sekadar gambar hiasan

Lebih kejam lagi apabila lelaki berkenaan sanggup menyerang Meli dengan menggunakan asid ketika Meli berada di tabika. Lelaki itu dikatakan telah datang kepadanya dengan membawa botol yang berisi cecair. Namun, botol berkenaan telah terjatuh ke lantai dan mangsa bergegas mencari mop untuk membersihkan cecair berkenaan.

Semasa mangsa membersihkan cecair tersebut, lelaki berkenaan telah mengambil sarung tangan dan kemudiannya dia mengelap cecair berkenaan lalu menyapukannya ke wajah Meli. Akibat daripada itu, Meli merasakan wajahnya perit serta panas dan dia terus meminta pertolongan orang untuk membawanya ke hospital.

Kini wanita berkenaan mengharap agar suspek dikenakan hukuman yang setimpal kerana perbuatannya yang kejam itu.

Sumber : Tribunnews