“Dia nak masuk campur tapi..” Cap buat cubaan nak ulas isu KPM, sekali cikgu Fadli Salleh komen buat ramai yang setuju

“Dia nak masuk campur tapi..” Cap buat cubaan nak ulas isu KPM, sekali cikgu Fadli Salleh komen buat ramai yang setuju

Baru-baru ini, luahan hati seorang pendidik iaitu Mohd Fadli Salleh mengenai silibus pelajaran di sekolah yang terlalu padat selain isu-isu seperti beg berat dan bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas.

Menurut Fadhli, hanya kerana pendapatnya itu dipaparkan di media sosial Facebook, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuangnya dari pekerjaan sebagai seorang guru.

Perkara itu difahamkan telah mendapat perhatian Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin iaitu Menteri Pendidikan Malaysia dan memintanya untuk bersemuka bagi membincangkan hal itu. Netizen juga tidak ketinggalan memberikan pendapat dan rata-ratanya bersetuju dengan isu yang diutarakan Fadhli di Facebook miliknya.

Ada juga yang berseloroh memetik nama penyanyi rap terkemuka, Cap agar tidak mengulas mengenai isu semasa yang ‘panas’ dibincangkan di media sosial.

 

Akui Fadli, Caprice ada cuba untuk mengulas dan konon-kononnya berhasrat untuk ‘cover’ isu tersebut namun tidak dilayan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen meminta agar Fadli untuk tidak ‘melayan’ permintaan Caprice kerana ia seperti ‘mengangguk di air yang keruh’ semata-mata.

Apa sumbangan dia (Cap) kat masyarakat. Sana sini sibuk, nak jadi YB ke macam mana? Tak faham la. – netizen. Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah. Surat yang dihantar kepada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh, seperti yang ditularkan baru-baru ini, tidak bermaksud hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, surat tersebut sebaliknya bertujuan memaklumkan Mohd Fadli berkenaan dakwaan yang diterima lembaga berkenaan.
Selain itu, beliau berkata, surat tersebut juga bertujuan untuk memaklumkan keperluan Mohd Fadli mengemukakan representasi atau penjelasan bertulis.

“Pihak Lembaga Tatatertib telah menerima surat representasi daripada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober 2022. Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang pada hari Isnin, 17 Oktober 2022.

“Prosiding tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuk saya sendiri. Saya berharap penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak,” katanya dalam satu rakaman video di laman Facebook, hari ini.

BACA: Radzi Jidin ajak Cikgu Mohd Fadli berjumpa
Sebelum ini Mohd Fadli melalui Facebooknya telah berkongsikan surat diterima daripada Kementerian Pendidikan (KPM), susulan tindakan beliau berkongsikan secara terbuka tentang beberapa isu yang didakwa membebani warga pendidik dan pelajar.

Guru di salah sebuah di daerah Gombak itu berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana beliau tidak pernah terlibat dalam sebarang masalah disiplin atau menghadapi masalah dengan ibu bapa murid. Beliau selanjutnya mendakwa, akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu membabitkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Susulan itu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, beliau berharap dapat bertemu dengan guru terbabit. “Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa.” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook hari ini. Sumber beautifulnara & kosmo.