“Dia nak ikut ‘jalan belakang’” – Puteri Sarah gesa pihak berkuasa pantau aktiviti kemasukan haram
Pelakon Puteri Sarah memohon Jabatan Imigresen agar menyenarai hitam bekas pembantu rumahnya dikenali sebagai Lisdawati yang berhajat memasuki negara ini secara haram.
Puteri Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata dia terkejut apabila Lisdawati dengan yakin memberitahunya mampu menyelinap ke Malaysia dengan bantuan pihak tertentu.
Puteri Sarah, 36, terpanggil untuk menyuarakan hal ini apabila melihat keberanian dan pengakuan bekas pembantunya itu. Katanya lagi, dia menolak tepi mengenai perkara buruk dilakukan Lisdawati padanya sebelum ini, tetapi apabila dia mengetahui tentang niat Lisdawati yang mahu ikut ‘jalan belakang’ ke negara ini, dia mula membimbangkan perkara tersebut.
Dia menyatakan bahawa dia terpaksa menjaga keluarganya yang dijangkiti Covid-19 di kampung halamannya. Jadi, saya risau apabila bukan saja dia nak masuk secara haram, tapi dengan virus sekali dibawanya.
Pelakon filem Tipah Tertipu itu meminta agar pihak berkuasa memantau hal ini dan mengesan aktiviti kemasukan haram sebegitu. Menurutnya, Ini bukan kali pertama Lisdawati berkelakuan buruk selama dua tahun bekerja dengannya
Bukan setakat menyusahkan Puteri Sarah membeli tiket penerbangan untuk pulang ke Indonesia, malah bekas pembantu rumahnya itu turut memburukkan namanya serta mencuri barang kemas miliknya.
Saya terpaksa membelikan tiket penerbangan untuknya sebanyak dua kali. Apabila tiba di Indonesia, saya mendapat tahu dia rupa-rupanya sempat memburukkan saya depan kawan-kawan saya. Dia turut mencuri barang-barang kemas milik saya.
Bagaimanapun, Puteri Sarah akui terkilan dengan perbuatan Lisdawati itu kerana selama dua tahun Lisdawati bekerja dengannya, dia seorang pembantu yang sangat baik. Bahkan, Puteri Sarah juga menjaganya dengan baik, bagi keperluan cukup dan sentiasa berikan bekas pembantu rumahnya itu pelepasan untuk pulang ke kampung.