Di sangka hilang, mayat reput di celah freezer 10 tahun baru jumpa
Pernahkah anda terbayang ada ahli keluarga sendiri ‘ghaib’ tanpa khabar selama bertahun-tahun? Walaupun laporan polis sudah dibuat, pencarian akhirnya menemui jalan buntu lalu ditamatkan dengan persoalan yang belum terjawab. Penuh misteri, mungkin itulah kata-kata yang sesuai menggambarkan nasib lelaki bernama Larry Ely Murillo-Moncada ini.
Larry lari rumah pada tanggal 28/11/2002 dalam keadaan sehelai sepinggang
Melalui portal Mirror UK, Larry dilaporkan menghilang pada tanggal 28 November 2009 selepas lari dari rumah dalam keadaan berkaki ayam menempuh ribut salji. Sehari sebelum kejadian, si ibu mengatakan anaknya seakan-akan berhalusinasi dan sering mendengar suara-suara halus. Walaupun sudah mengambil ubat antidepressants, emosi pemuda berkenaan masih terganggu selain merasa sedang diekori seseorang.
Pelanggan yang berbelanja barang di sana kerap hidu bau busuk seakan bangkai
Mulai resah, ahli keluarga segera menelefon kenalan terdekat Larry dan menyebarkan flyers di sekitar bandar tempat tinggal mereka. Misteri kehilangan Larry selamai 10 tahun akhirnya terjawab dengan penemuan 1 jasad reput yang tersekat di celah freezer berlokasi di supermarket tempatnya bekerja dahulu. Paling mengejutkan, rupanya ada pelanggan pernah mengadu terhidu sesuatu yang busuk kepada pekerja di sana. Malangnya, mereka tidak memeriksa langsung dan mengatakan itu cumalah bau hanyir bahan mentah.
Jasad reput sepenuhnya & pihak polis jalankan ujian DNA
Menurut siasatan, Larry dipercayai terperangkap di antara ruangan peti sejuk dan dinding berkeluas 18 inci. Meskipun bekemungkinan cuba menjerit bagi meminta bantuan, bunyi compressor yang terlalu kuat menyebabkan suaranya tidak didengari oleh orang di luar. Kata polis pihak polis, jasadnya telah reput 100% dan ujian DNA terpaksa dibuat untuk pengecaman identiti. Baju sama yang dipakai oleh Larry ketika lari rumah 2009 lalu juga merungkai segala-galanya.