Detik mendebarkan! Rumah ‘dihentam’ kilat sebelum bahagian bumbung terbakar

Detik mendebarkan! Rumah ‘dihentam’ kilat sebelum bahagian bumbung terbakar

Tular rakaman kejadian kebakaran di sebuah rumah di bandar kecil di Moscow, Rusia akibat disambar kilat. Sebuah rakaman video telah diambil oleh seseorang yang berhasrat untuk merakam cuaca yang ‘menggila’ ketika itu tetapi dikejutkan dengan detik yang tidak disangka.

Menurut Daily Mail, bandar kecil di Rusia ketika itu sedang dilanda ribut petir yang mengganas. Hujan begitu lebat disertai dengan kilat besar. Maka, perakam yang berada dari kejauhan berharap dapat memperoleh video kilat itu namun mereka dikatakan sempat menyaksikan kilat yang menyerang di hadapan mereka.

 

Sebuah rumah dilaporkan telah disambar oleh kilat secara tiba-tiba dan tiada kerosakan yang terlihat pada mulanya. Walau bagaimanapun, dalam beberapa saat kemudian, rumah itu akhirnya terbakar ketika ribut mulai mereda. Hal ini disebabkan oleh api yang merebak dengan kelajuan yang memudaratkan pada bumbung rumah tersebut.

Tidak lama selepas itu, anggota bomba tiba di tempat kejadian untuk memadamkan api yang kian marak. Pemilik rumah dikatakan hanya mampu melihat rumah berharga mereka dijilat api dan mereka sempat dipindahkan sebelum berisiko cedera.

 

Menurut sumber, api yang menjilat rumah itu masih membara ketika itu dan pihak bomba masih melakukan apa sahaja yang termampu untuk memadamkannya. Meskipun begitu, kerosakan yang terjadi telah meninggalkan kesan yang besar pada rumah itu.

Sumber: Daily Mail Video