Detik-detik pesawat tentera udara F-35 terjunam ke laut sejurus berlepas
Sebuah jet pesawat F-35 milik Tentera Laut Diraja UK dilapor terjunam ke laut sejurus berlepas dari landasan kapal carrier di Lautan Mediterranean baru-baru ini.
Laman portal BBC melaporkan, kejadian itu dirakam oleh salah sebuah kamera pengawasan di atas kapal tersebut sebelum tersebar di media sosial.
Berdasarkan video itu, pada awalnya pesawat F-35 yang bernilai anggaran RM562 juta tersebut dilihat cuba berlepas ke udara dengan melalui landasan di atas kapal carrier.
Bagaimanapun lapor BBC, pergerakan pesawat tersebut yang tidak optimum membuatkan ia terjatuh ke dalam lautan apabila tiba di penghujung landasan.
Beberapa saat selepas pesawat tersebut terjunam, kelihatan juruterbangnya turun dari udara menggunakan sebuah payung terjun dengan perlahan di hadapan kapal seberat 65,000 tan itu.
Sementara itu, Menteri Pertahanan UK turut mengesahkan kejadian itu dan pihaknya memaklumkan, juruterbang pesawat berkenaan dilapor selamat setakat ini.
Bagaimanapun menurut BBC lagi, siasatan nahas tersebut masih dijalankan termasuklah usaha menaikkan semula pesawat itu.
Difahamkan, terdapat spekulasi yang berbunyi mengatakan punca kejadian itu adalah disebabkan penutup enjin yang tersilap ditinggalkan pada pesawat.
Well thank God he is still with us! That’s all I can say. pic.twitter.com/YtL6f0BFAm
— Seb H (@sebh1981) November 29, 2021