Detik-detik peluru berpandu bedil lapangan terbang Ukraine, seram weh!

Detik-detik peluru berpandu bedil lapangan terbang Ukraine, seram weh!

Konflik di antara Rusia dan Ukraine memasuki fasa baharu apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengarahkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine hari ini.

Ekoran itu, letupan dilaporkan telah berlaku di beberapa bandar utama termasuk di lapangan terbang Ukraine.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh BNO News di Twitter, detik-detik ketika peluru berpandu terkena lapangan terbang di Ivano-Frankivsk telah dirakam oleh orang awam.

Kepulan asap hitam dilihat menyelubungi langit selepas letupan itu berlaku.

Terdahulu, The Wall Street Journal melaporkan bahawa ruang udara Ukraine telah ditutup kepada semua pesawat awam.

Difahamkan, awal pagi Khamis waktu tempatan, tiga lapangan terbang Ukraine mengeluarkan notis rasmi kepada juruterbang masing-masing bahawa lapangan terbang telah ditutup untuk malam itu dan akan dibuka semula lewat pagi Khamis.

Notis penutupan itu dikatakan sebagai luar biasa dan mencetuskan spekulasi bahawa ia berkaitan dengan peningkatan ketegangan antara Rusia dan Ukraine.

Salah satu lapangan terbang terbesar di Ukraine iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kharkiv pula telah menutup landasan sehingga 8.35 pagi waktu tempatan.

Sumber: BNO NewsThe Wall Street Journal