Detik cemas ‘Paragliders’ berlanggar sesama sendiri sebelum jatuh ‘terhumban’ dalam air

Detik cemas ‘Paragliders’ berlanggar sesama sendiri sebelum jatuh ‘terhumban’ dalam air

Rakaman video memaparkan ‘aksi’ ngeri apabila dua peluncur layar berlanggar di udara ketika bermain aktiviti udara di pusat peranginan Turki.

Insiden itu berlaku semasa pesta permainan udara di Turki – acara gaya Olimpik untuk aktiviti luncur layar, payung terjun dan sky diving.

Kedua-dua peluncur itu bertembung sesama sendiri satu acara yang diadakan pada hari Ahad sebelum jatuh ke laut.

Menerusi rakaman video itu, kedua-dua peluncur itu jatuh ke permukaan air dengan kadar kelajuan tinggi sehingga mengejutkan orang ramai yang melihatnya.

Pihak perkhidmatan kecemasan terus bergegas ke arah mangsa dan menarik mereka sebelum dibawa dengan menggunakan tandu.

Video yang diperoleh oleh penyiar tempatan itu menunjukkan para penerjun menyertai aktiviti itu sebagai sebahagian daripada festival permainan udara antarabangsa jatuh ke laut akibat pelanggaran.

Kira-kira 2,000 atlet paralayang dan wingsuit dari 60 buah negara telah menghadiri festival ini kerana terkenal dengan sukan permainan udara.

Dalam insiden berasingan, pengawal pantai Turki menyelamatkan seorang paraglider dari Ukraine setelah dia hilang kawalan dan mendarat di atas air.

Wanita tersebut terus dikesan oleh unit pengawal pantai yang sedang bertugas dan terus di bawa ke unit keselamatan, jelas pengawal keselamatan itu.

Menurut sumber, wanita tersebut terus dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera dan berada dalam keadaan stabil.

Sumber : Daily Mail