“Derita bayi ‘Anencephaly’ tanpa tempurung kepala”, doktor dedah ibu penghidap kencing manis paling berisiko,ini sebabnya

“Derita bayi ‘Anencephaly’ tanpa tempurung kepala”, doktor dedah ibu penghidap kencing manis paling berisiko,ini sebabnya

Sebagai suami isteri, perkara yang paling dinanti-nantikan adalah sudah pastinya menimang cahaya mata dan seterusnya menjadi ibu dan bapa. Tapi, menjadi seorang ibu dan bapa bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak cabaran yang perlu kita hadapi.

Namun bukan itu sahaja. Ketika seorang ibu mengandungkan bayi, pastinya ada juga dalam kalangan mereka yang akan diuji. Berat mahupun ringan ujian itu, tetap mereka kena harung bersama-sama.

Mengeksplorasi laman Facebook seorang pengamal perubatan, Dr. Muhammad Izzat (gambar), beliau kongsikan pengalaman soal bayi yang mengalami Anencephaly iaitu bayi yang tidak mempunyai tempurung kepala.

Ikuti perkongsian ilmu di bawah, semoga memberi manfaat pada semua yang membaca.

Bayi Anencephly

Puas digodek-godek mesin scan.

Puas cari angle yang terbaik untuk measure kepala baby.

Patutla Dr sebelum ni cakap dia susah nak measure saiz kepala baby.

Baru saya faham kenapa Dr tersebut mohon second opinion.

Apa yang saya nampak hanyalah frog-eye sign (kalau dilihat kepala seekor katak dari atas, nampak mata saja terjojol keluar disebabkan tulang kepala tiada). Ada orang panggil Mickey mouse sign. Sama lah tu.

Gambar via Dr. Muhammad Izzat

Lama saya tenung scan tu, nak betul-betul pasti.

Seakan-akan anencephaly (baby tiada tempurung kepala).

Panggil beberapa doktor yang lain untuk lihat bersama, untuk benar-benar pasti. Semuanya bersependapat.

“Ibu ada kencing manis ke sebelum ni?”

“Kalau ikutkan masa tak mengandung takde kencing manis. Masa mengandung je baru ada kencing manis”

“Lepas 6 minggu pantang ada check, minum air gula semula tengok ada kencing manis lagi ke tak?”

“Oh yang tu saya tak pergi”

Kurang pasti, ibu terlupa ataupun bagaimana.

“Ibu saya ada berita kurang baik nak bagitahu”

“Lama saya scan ni nak confirmkan betul-betul apa yang saya nampak. Berat saya nak cakap perkara ini. Tapi ibu kena tahu. Baby ni tak normal. Tempurung kepalanya tak terbentuk. Harap ibu bersabar dan tenang”

Remuk berkecai hati ibu, air matanya mengalir

“Ibu, saya tinggalkan dulu dengan husband. Kejap lagi dah okay sikit saya datang balik cerita lebih lanjut. Sabar ya ibu”

Setelah ibu sudah bertenang, saya sambung semula perbualan.

“Kecacatan ni dinamakan anencephaly. Bayi dengan keadaan ni tulang kepala dan sebahagian otak tak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan. Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan takde, dia takboleh nafas sendiri, walaupun peparunya normal”

“Kite check dulu ibu ada kencing manis ke tak nanti. Saya suspect ibu ada kencing manis dari kehamilan terdahulu berlarutan sampai sekarang. Saya mungkin silap, tapi takpa, kite check dulu ya”

Check HbA1c = 13%

Ya Allah memang ibu ada kencing manis, tak terkawal rupanya. Ibu yang mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan sebegini dan kecacatan lain – masalah jantung misalnya.

Penting

1) Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis ke tak lepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa.

2) Kalau takda kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa Dr, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tkde. Ni pun jangan lupa.

3) Ibu yang ada masalah neural tube defect seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan.

4) Ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum, HBA1c < 6.5% sebelum Mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.

5) Wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil.

Ini ikhtiar kita. 

Sumber: Facebook Dr. Muhammad Izzat