“Dendam tersirat”, kucing ni tendang pintu sampai terhantuk kepala tuannya

“Dendam tersirat”, kucing ni tendang pintu sampai terhantuk kepala tuannya

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat comel dan kadang kala terkenal dengan sifatnya yang nakal.

Pencinta kucing pastinya sudah pun lali dengan sifat kenakalan yang ada pada kucing ini. Suka jatuhkan baranglah, suka sepahkan rumah lah dan bermacam-macam lagi telatah mereka.

Apa yang boleh dibuat selepas mengetahui berkenaan dengan kekacauan yang ditimbulkan oleh haiwan ini hanyalah dengan bersabar sahaja.

Lain pula ceritanya bagi kucing di dalam satu video TikTok ini apabila dia dilihat seakan mengenakan kepala seorang lelaki yang dipercayai tuannya.

Video berkenaan memaparkan telatah seekor kucing yang secara selamba je menendang pintu sehingga telah menyebabkan pintu tersebut terhantuk mengenai kepala tuannya.

Tindakan kucing tersebut dilihat seakan ada dendam yang tersirat bersama tuannya itu telah terbalas.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 100 ribu tontonan.

@animallover4ev

never know who’s the real owner #pet #cat #angrycat

♬ Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe – Minisiren Remix] – Conkarah