Demi content tiktok, wanita dikecam sengaja ‘buat cerita’ isteri menangis suami kahwin lain

Demi content tiktok, wanita dikecam sengaja ‘buat cerita’ isteri menangis suami kahwin lain

Seorang wanita tular di media sosial gara-gara dia dikatakan menangis sehingga teresak-esak semasa majlis persandingan suaminya bersama madu barunya di Jakarta, Indonesia.

Menangis tengok suami kahwin lain

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Lambe Turah di akaun Instagram, kelihatan seorang wanita sedang menangis teresak-esak di belakang pasangan pengantin.

Video yang berdurasi 28 saat itu, memaparkan wanita tersebut dipercayai merupakan isteri pertamanya sedang mengusap air mata kerana tidak dapat menahan sebak melihat suaminya berkahwin dengan wanita lain yang selepas ini menjadi madunya.

Dalam pada itu, suami kepada wanita berkenaan yang merupakan pengantin lelaki serta pengantin perempuan, dilihat sibuk melayan para tetamu yang hadir bagi meraikan momen-momen bahagia mereka.

Walau bagaimanapun, Herika Natasya telah meminta maaf  kepada pihak pengantin serta warganet kerana video berkenaan merupakan gurauan dan kawannya itu dikatakan menangis kerana terharu melihat pasangan berkenaan berkahwin.

‘Ketika isteri pertama seikhlas hati izin suami berkahwin lagi’

@herikanatasya

jadi video itu niatnya hanya untuk becandaan saja. mohon maaf apa bila salah salah kata. #fypko #fyp

♬ original sound – Herika Natasya – Herika Natasya