Demi anak, sanggup berjalan dalam hujan untuk hulurkan makanan raya

Demi anak, sanggup berjalan dalam hujan untuk hulurkan makanan raya

Tentunya ramai yang bersedih kerana tahun ini sekali lagi kita tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Pastinya ramai yang rindukan ibu dan ayah terutamanya masakan air tangan mereka di pagi Syawal.

Perkongsian video dari pengguna TikTok iaitu Azyra Azizy ini sangat menyayat hati dan undang sebak ramai apabila hanya berpeluang jumpa ibu di sempadan daerah. Paling sedih bila ibu menyediakan makanan raya untuk bekalan anaknya…

Pengorbanan seorang ibu

@azyraazizy

yallah dapat tengok wajah ibu satu kenikmatan dunia 😭😭jauhkanlah penyakit d muka bumi ni yallah 🤲🏻🤲🏻

♬ original sound – #MBO#TM mukhtar – Teuku Mukhtar

Video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok ini telah mendapat lebih 483 ribu tontonan dan 36.7 ribu tanda suka. Video ini menyaksikan seorang ibu berjalan dan bertemu dengan anaknya di sempadan daerah sambil menghulurkan sebakul yang berisi makanan.

Pengorbanan seorang ibu buat anak. Siapkan makanan dan kuih raya untuk jumpa di tengah sempadan. Maaf mak kita tak dapat beraya bersama tahun ini. Semoga mak diberi kesihatan yang baik-baik. Semoga kami anak beranak dapat berkumpul kembali. Raut wajah seorang mak, kami faham mak sedih.

Teringat pengorbanan dan jasa mak

Rata-rata pengguna media sosial turut bersedih setelah menyaksikan video ini. Malah, mereka turut meluahkan perkara yang sama dimana buat tahun ini tidak dapat beraya bersama keluarga dan meluahkan rasa kerinduan pada ibu masing-masing.

Menurut Azyra Azizy lagi, ibunya hanya tinggal seorang diri di rumah dan dia turut menangis ketika menerima makanan dari ibu, namun, masih kelihatan ibunya tersenyum dapat melihat anak-anak walaupun hanya seketika.

Sumber: Azyra Azizy