“Demi Allah tak dengki…” kedai dikunjungi pihak berkuasa, acik nasi lemak nafi serang peniaga?

“Demi Allah tak dengki…” kedai dikunjungi pihak berkuasa, acik nasi lemak nafi serang peniaga?

 

Sejak beberapa hari lalu kecoh di sosial media dengan satu video yang memaparkan seorang wanita ‘menghamburkan’ kata-kata kurang elok kepada gerai berhampiran tempatnya berniaga. Dikatakan isunya hanya satu iaitu berniaga menu sama dengannya.

Disebabkan itu wanita berkenaan berasa kurang senang dan tidak bersetuju apabila ada satu lagi gerai yang turut menjual nasi lemak berhampiran tempatnya berniaga. Video peniaga halau gerai jiran berkenaan dan ‘bertekak’ telah mencuri perhatian ramai.

Malah semalam dikatakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah pun ‘melawat’ gerai-gerai di lokasi berkenaan. Semalam hanya gambar sahaja yang menjadi perhatian ramai. Kali ini video yang memaparkan dan menjelaskan apa sebenar terjadi dari pihak peniaga halau gerai jiran telah tular.

Berikut adalah rakaman tersebut yang menjadi perhatian ramai selepas mendengar penjelasan peniaga berkenaan kepada pihak berkuasa terbabit:

@amadasan_

Yang tersebar tak semestinya betul. Sebab tu kena dengar dua dua belah pihak. Ini dari side makcik tu. Yes memang makcik tu dapat permit dari DBKL untuk meniaga nasi lemak. Yang lain kat situ takda.

♬ original sound – Madsan – Madsan

Kedengaran apa yang dibualkan oleh peniaga halau jiran yang menjual menu sama ini adalah dia menjelaskan mereka terkejut apabila ada video ketika kejadian yang tular. Malah wanita berkenaan turut akui salahnya kerana pergi bertanya mengenai hal terbabit hingga menyebabkan salah faham.

Walau bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan wanita tersebut bercakap tidak sama seperti dalam video yang tular sebelum ini. Berikut antara reaksi ramai mengenai perihal tersebut:

“Pandai mak cik auta putar belit cerita depan dbkl auto jadi baik..”

Screenshot at Oct 13 13-48-47

“Tak kacau pon’. Tapi datang mengamuk sebab meniaga benda sama”

Screenshot at Oct 13 13-32-01

“Benda dah viral..Amboii baiknya explain”

Screenshot at Oct 13 13-31-40

SUMBERTIKTOK