DDNK jumpa Caprice, isteri koyak sampai hempas bantal minta nasihat ” diaorang cakap I perampas..”

DDNK jumpa Caprice, isteri koyak sampai hempas bantal minta nasihat ” diaorang cakap I perampas..”

Tindakan penyanyi rap, Caprice yang dilihat bertemu pengantin baharu iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan isterinya Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris menarik perhatian netizen.

Menerusi sebuah video di laman Instagram, Caprice mengakui buntu bagi menasihati pakar saham itu dan isterinya berhubung kontroversi dilalui pasangan tersebut baru-baru ini.

 

 

“Perampas? Cap jam (buntu) tak tahu macam mana nak nasihat.. @ernierossmerie_ and @datodrnazrikhan.official,” tulis Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli pada ruangan kapsyen.

Berdasarkan video dikongsi, Ernie dilihat meluahkan kekecewaan apabila dituduh sebagai perampas selepas berkahwin dengan Nazri atau popular dipanggil DDNK pada Jumaat lalu.

Menurut wanita berusia 25 tahun itu, mengapa segelintir individu mempersoalkan mengenai jodohnya yang sudah ditakdirkan menjadi pasangan kepada pakar saham berkenaan.

“You tau tak Caprice, dorang cakap I perampas. I tak boleh terima itu semua. Kenapa nak persoalkan tentang jodoh. Macam mana I nak tolak? 
“Pastu dorang cakap I ‘tak cantik takpe, janji manja’. Jadi Caprice.. macam mana you handle semua ni?,” katanya sambil ditenangkan oleh isteri Caprice, Farra Innalis.

Difahamkan, Caprice cuba berkongsi tips dalam berdepan tohmahan orang ramai kepada DDNK dan isteri tetapi video berkenaan berhenti setakat itu sahaja.

Menjengah di ruangan komen, netizen meninggalkan pelbagai reaksi selain bertanya ‘drama’ apa pula ingin disampaikan yang dilihat seperti lakonan pula.

DDNK datang untuk kongsi masalah?

Tapi kenapa hadap Caprice & isteri?

Nampak macam berlakon je

Rancangan apa ni?

Siap baling bantal.. siapa pakar motivasi yang sebenarnya?

Terdahulu, DDNK yang popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ kembali bergelar suami kira-kira selepas setahun berpisah dengan isteri pertama.

Sumber: Instagram Caprice