Dari zaman bercinta sampai kahwin, Hafiz Mahamad dipuji power buat ‘surprise’ untuk isteri

Dari zaman bercinta sampai kahwin, Hafiz Mahamad dipuji power buat ‘surprise’ untuk isteri

Buat yang mengenali dengan personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad pasti sudah cukup kenal dengan sikap sweet dia terhadap isteri, Syafiqah Aina.

Sangat pandai membuat kejutan, Hafiz Mahamad sekali lagi mengejutkan peminat dia dan isteri kerana dalam tempoh lockdown, usahawan ini masih sahaja dapat membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran Syafiqah Aina.

IMG_20210620_082825

Kisah cinta pasangan bagai pinang dibelah dua ini nampaknya membuatkan netizen memberikan pujian terhadap mereka lagi selepas melihat kejutan Hafiz buat Aina.

Tidak semena-mena, netizen teringat bahawa jejaka yang pernah viral ketika bercinta sehinggalah sudah berkahwin, tetap tidak pernah gagal untuk berterusan memberikan isterinya kejutan di hari-hari istimewa.

Sekali gus mengundang, kebahagiaan Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina menarik perhatian netizen dan video dikongsikan ini pula meraih ribuan tontonan selepas dikongsikan diruangan Instagram.

 

Netizen diruangan komen juga mendoakan pasangan bahagia ini disamping turut tertarik dengan cara Hafiz membuat kejutan disaat lockdown itu.

“Dari zaman bercinta sampai dah kahwin tak pernah tak power idea buat suprise, salute”

Hafiz

“Bagus betul lah orang nama Hafiz ni isteri happy, bertambah lagi rezeki. Terbaik”

IMG_20210620_082923

“Jadilah lelaki terbaik untuk wanita yang kamu cintai”

Hafiz