“Dalam siasatan,” JAKIM mulakan siasatan status Halal gula-gula ini yang dijual online

“Dalam siasatan,” JAKIM mulakan siasatan status Halal gula-gula ini yang dijual online

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui status halal bagi produk yang semakin ‘popular’ di jual atas talian ini.

Produk gula-gula ini dikenali dengan nama ‘planet gummy’ dan ‘eye balls’ yang kini semakin tular dalam kalangan masyarakat kita.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM memaklumkan bahawa beberapa hari yang lalu, pengguna dikejutkan mengenai produk yang dijual secara dalam talian (online) mengandungi bahan tidak halal.

 

Pendedahan ini dibuat menerusi sebuah akaun Tik Tok dan menyebabkan Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dihujani pertanyaan untuk mendapatkan kepastian lanjut.

Untuk makluman, isu ini telah diberi perhatian dan siasatan akan dijalankan memandangkan produk tersebut merupakan produk import. Sebagai pengguna, semua pihak dinasihatkan agar lebih berwaspada apabila membuat pembelian secara dalam talian dan pastikan status halal produk terlebih dahulu.

Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Tambahan video:

@druglordfxdl

Reply to @geenazyrah Hi harap membantu 🙏🏻 @officialdruglordfx #druglordfx #poligamibukanjenayah

♬ Detective – ACRELLO🕵🏽‍♂️

 

Untuk mengetahui produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal:-

https://apps.apple.com/us/app/id1481934740 (iOS)

https://play.google.com/store/apps/details…
(Android)

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Harap maklum dan terima kasih.

 

Sumber: Bahagian Hab Halal JAKIM