Dakwaan pemanggil radio palsu, tiada keluarga tak makan 2 hari -Parlimen K. Kangsar

Dakwaan pemanggil radio palsu, tiada keluarga tak makan 2 hari -Parlimen K. Kangsar

Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman panggilan telefon ke Suria FM apabila seorang lelaki bercerita berkenaan sebuah keluarga yang dibantu yang berada dalam keadaan sangat menyedihkan.

Menurut pemanggil tersebut, anak-anak kepada penerima bantuan sudah terbaring tidak berdaya kerana dua hari tidak menjamah makanan.

Hal berkenaan menjadi tular dan nama ibu mertua kepada pelakon cantik, Mira Filzah iaitu Datuk Mastura Yazid yang juga ahli parlimen Kuala Kangsar disebut-sebut memandangkan kejadian berkenaan didakwa berada dalam kawasannya.

https://www.instagram.com/tv/CQz6vrKFPeu/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

 

 

Menafikan mereka tak ada bekalan makanan

Justeru itu, menerusi media sosial Datuk Mastura, beliau telah memuat naik penjelasan dari Pejabat Parlimen Kuala Kangsar mengenai hal tersebut dan pihaknya juga sudah menemui sendiri keluarga terbabit bagi mendapatkan penjelasan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, keluarga berkenaan menafikan bahawa mereka berada dalam situasi sesukar itu dan ada menerima bantuan.

 

Dah bertemu dengan keluarga tersebut

Selain itu, keluarga tersebut juga mengakui tidak pernah terputus bekalan makanan dan sama sekali tidak tahu berkenaan cerita yang disampaikan di radio Suria FM tempoh hari.

Oleh itu, Pihak Pejabat Parlimen Kuala Kangsar memandang serius berkenaan dakwaan-dakwaan palsu ini dan menggesa tindakan undang-undang diambil.

Diakhir kenyataan tersebut, pihak parlimen turut menggesa semua pihak menghentikan dakwaan-dakwaan palsu seperti itu dan meminta orang ramai memastikan terlebih dahulu sebarang berita atau khabar angin sebelum dikongsikan kepada umum.

Walau bagaimanapun, pihak pejabat parlimen berterima kasih kepada orang ramai yang mengutarakan perkara tersebut dan siasatan yang lebih tepat dapat dijalankan dengan segera

Sumber: Instagram Mastura Yazid