Dakwa PRU sama macam berjudi, Suhaimi Saad nekad tak akan keluar mengundi

Dakwa PRU sama macam berjudi, Suhaimi Saad nekad tak akan keluar mengundi

 

Lama tidak dengar  celoteh bekas ahli kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad di media sosial terutamanya di TikTok dan Facebook.

Sebelum ini, nama penyanyi itu kerap muncul ketika musim pandemik dengan pelbagai kenyataan yang membuatkan netizen bercakap-cakap mengenainya.

PRU tu judi?

Kali ini, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @matzam9 yang memuat naik kenyataan dari Suhaimi mengenai tanggapannya tentang Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurutnya, ahli-ahli politik yang bertanding itu tidak ubah seperti sedang berjudi kerana ada ‘wang pertaruhan’ ketika mahu menjadi calon untuk PRU.

 

@matzam9

#suhaimisaad #pru15 #fypシ゚viral

♬ original sound – MatMeow – MatMeow

Tak akan pergi mengundi

Tambahnya, jika calon tersebut gagal  menjadi pemimpin di kawasan tersebut, duit yang dilaburkan akan ‘hangus’ begitu sahaja.

Dia juga dengan tegas menjelaskan tidak akan keluar mengundi untuk PRU akan datang kerana memegang teguh pendiriannya yang enggan terlibat dengan ‘judi’.

 

@matzam9

Reply to @salhnkflaskbf ada betulnya kata2 Ss .

♬ original sound – MatMeow – MatMeow

Tak ada yang mengundi tak adalah yang memerintah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata wargnet telah meninggalkan komen dengan mengakui ‘pening’ mendengar penjelasan penyanyi nasyid berkenaan berhubung pendapatnya tentang PRU.

Mereka juga dilihat mempersoalkan kenyataan tersebut dengan mengatakan jika rakyat tidak keluar mengundi sudah tentu tiada sesiapa yang dapat membantu untuk memerintah negara.

Kalau tak mengundi tak ada la pemerintah

Aok down ke tu?

Dah satu hal kena fikir

Tapi ada betul juga. Politik buat masyarakat bergaduh

Bukan judi lah

 

Sumber: TikTok @matzam9