Dakwa dapat suntikan ‘kosong’, individu buat laporan polis

Dakwa dapat suntikan ‘kosong’, individu buat laporan polis

Di musim Pandemik ini, sudah semestinya menjaga kesihatan dan kebersihan menjadi keutamaan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kita lebih berisiko daripada jangkitan jika tidak mendapatkan perlindungan. Oleh itu masyarakat diseru untuk menggunakan pelitup muka dan juga mendapatkan suntikan bagi mengurangkan simptom yang lebih teruk.

Namun, lain pula berlaku kepada seorang individu apabila dia mendakwa telah diberikan suntikan vaksin jenis Pfizer tetapi ‘kosong’ ketika menerima suntikan di Hospital Banting, Kuala Langat, semalam.

Menurut laporan Utusan Harian, individu tersebut berkongsikan video berdurasi 17 saat itu di media sosial miliknya bernama Simon Ng yang mana dia merakam proses suntikan berkenaan, namun menyedari bahawa pihak berkenaan tidak menekan jarum untuk memasukkan vaksin ke dalam badannya selepas melihat kembali rakaman tersebut.

Saya melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mengetahui bahawa suntikan itu adalah kosong iaitu hanya suntikan kosong yang tidak mempunyai apa-apa vaksin.

Bagi mendapatkan kepastian, individu itu nekad bertanya semula kepada pihak terbabit sambil menunjukkan rakaman tersebut.

Walaubagaimanapun, individu itu berkata bahawa mereka telah memberikan suntikan vaksin tersebut membuatkan dia mendapatkan pandangan kedua daripada rakannya yang bekerja sebagai doktor.

Saya kembali semula kepada mereka dan memberitahu bahawa suntikan yang diberikan adalah kosong, namun mereka memarahi saya kerana merakam video tersebut.

Mereka kemudiannya memberikan suntikan sekali lagi kepada saya dan meminta saya untuk memadamkan video berkenaan sebelum menerima vaksin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai aduan berkenaan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kredit: Utusan Harian