Da’i Syed, Hana Ismail sah bertunang

Da’i Syed, Hana Ismail sah bertunang

Pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful selamat bertunang dengan pengacara, Hana Ismail.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon Datin Seri Umie Aida dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Umie yang hadir sebagai tetamu berkongsi kemeriahan majlis pertunangan serta merisik yang diadakan.

“Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka.

“Jaga amanah ini sebaiknya Da’i Syed  dan Hana Ismail. Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya” tulisnya.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan dan mendoakan urusan persiapan perkahwinan mereka dipermudahkan.

“Tahniah! Muka seiras betul,” tulis seorang pengikut.

“Masya-Allah semoga Allah permudahkan,” komen seorang pengikut.