Dah tutup aurat sempurna, ada pula lelaki tegur suruh tutup dahi

Bila sebut tentang batas aurat, lelaki dan wanita mempunyai perbezaannya. Namun tidak dinafikan, umat Islam diwajibkan untuk menutup aurat terumatamanya buat kaum wanita.

Aurat merupakan suatu anggota badan yang tidak boleh ditunjukkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain. Justeru, aurat wajiblah dijaga daripada dilihat dan dipandang oleh orang lain walaupun dalam apa jua keadaan, disamping itu perlu juga untuk kita menjaga pandangan daripada melihat aurat orang lain. (Penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan)

Walaupun kita digalakkan untuk menegur semasa kita, namun bukan bermakna kita menghentam mereka sehinggakan mereka yang ingin berubah terasa terancam.

Seperti kisah wanita ini, walaupun dia sudah sempurna menutup aurat namun masih ada individu yang menegurnya untuk menutupi dahinya. Kenapa nak ditekankan benda yang tidak wajib? Sedangkan yang wajib sudah sempurna.

Bukan jenis tak boleh terima teguran, cuma kadang hairan kenapa benda tak wajib ditekankan sangat minta ditutup sedangkan kita usaha mana kita mampu.

Kita macam wanita lain juga, kita cuba tutup mana kita mampu je. Paling penting kita dah cuba tutup mana yang wajib ditutup. Kita pun nak berubah bukan secara drastik.

Sebenarnya ramai kecam, tapi aku rasa benda itu biasa. Cuma kalau sampai semua kene tutup, rasanya aku belum layak lagi. Aku masih usaha sikit demi sikit.

Kita buat mana yang kita mampu. Kita bukan perfect bila kita dah berniqab. Kita bukan berniqab terus jadi solehah, tak keluar jumpa orang, tak aktif media sosial.

“Kita masih wanita akhir zaman…”

Kalau kita tak mampu buat seperti mana dia mampu buat, sekurangnya jangan dihina atau dikecam, cukup mendoakan. Itu saja.

Kerana nak berubah itu senang, nak istiqamah itu bukan senang. Haish, maciam maciam.

Sumber: Yatt hayati