Dah sedia raya dalam lokap ke? Netizen geram tengok pelajar belasah rakan dalam kelas

Dah sedia raya dalam lokap ke? Netizen geram tengok pelajar belasah rakan dalam kelas
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Sungguhpun kebanyakan daripada kita sedang sibuk membuat persiapan raya, namun masih ada juga yang sempat berbuat onar.
Terbaharu, satu rakaman pergaduhan viral di media sosial yang memperlihatkan sekumpulan remaja lelaki yang berpakaian sukan sekolah bergaduh dalam bilik darjah.
Menerusi video berdurasi 25 saat itu, kelihatan sekitar lebih 10 orang pelajar bertikam lidah dalam bilik kelas sebelum sepak dan terajang mula bertebaran mengenai tubuh masing-masing.
Kemudian, dalam video seterusnya yang dikongsikan oleh netizen, dipercayai kesemua pelajar yang terlibat telah dibawa ke balai polis dengan menggunakan kenderaan polis.
Sungguhpun tidak diperjelaskan dengan terperinci sebab utama pergaduhan itu berlaku, namun ada netizen yang berkongsi tentang punca sebenar kejadian.
Difahamkan, pelajar yang menjadi mangsa merupakan punca mengapa ramai yang bertindak membelasahnya.
“Budak yang kena gasak tu mula dulu. Dia pukul adik salah seorang geng ni, pecah mulut. Baru pindah, sekolah lama pun ada kes dah. Dia takda apa, bengkak dahi dengan lebam je,” katanya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh remaja berkenaan.
“Allahu budak-budak sekarang.”
“Dah ready untuk raya dalam lokap ke tu…”
“Semoga melingkup dalam penjara di hari raya dan insya-Allah akan ada seksaan khas untuk yang membuli ni di akhirat kelak.”