“Dah pakai itu jangan berpaling tadah membuka hijab semula” – Ummi Nazeera

“Dah pakai itu jangan berpaling tadah membuka hijab semula” – Ummi Nazeera

Sejak kebelakangan ini, isu artis membuka tudung dilihat semakin menjadi-jadi seperti penyanyi Elyana yang baru-baru ini mengakui dirinya kini sudah tidak berhijab.

Susulan itu, pelakon Ummi Nazeera tampil memberikan pandangannya mengenai isu rakan artis yang bertindak sedemikian semasa ditemubual oleh sebuah stesen radio Malaysia, Zayan FM.

Menerusi video yang dimuat naik oleh peminat di laman TikTok, Ummi Nazeera mengatakan jika sudah berhijab, maka jangan merasakan membuka tudung itu sesuatu perkara yang tidak salah. Tambahnya, perbuatan tersebut  seakan-akan menunjukkan ia sebenarnya satu ‘penyakit’.

“Kalau dah pakai itu, jangan berpaling tadah untuk membuka hijab semula. Ia dah jadi macam satu penyakit apabila dah ramai buka.”ujarnya.

 

 

 

@umminazierra

AGREE ✅ #umminazeera #fyp

♬ DUKA SEBALIK TAWA – PUTERI KHAREEZA

 

Dalam pada itu,  pelakon drama Risik Pada Hati itu sentiasa berdoa dan meminta  agar orang disekelilingnya mendoakan agar dia kekal berhijab sehingga ke pengakhiran hidup.

“Saya minta orang disekeliling yang menyayangi diri saya agar mendoakan agar diri ini tidak membuka tudung”pintanya.

Selain itu, Ummi menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana untuk mencari Allah S.W.T sekiranya mereka mempunyai niat untuk membuka tudung semula.

Perkongsian itu menerima maklum balas positif di kalangan warganet di mana ramai bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan selain menyukai dengan cara percakapan aktres berusia 32 tahun itu.

Sumber: TikTok @umminazierra