“Dah off, kenapa bunyi,” Wanita dakwa ‘cactus’ viral ini tiba-tiba berjoget jam 3 pagi

“Dah off, kenapa bunyi,” Wanita dakwa ‘cactus’ viral ini tiba-tiba berjoget jam 3 pagi

Siapa yang tak cuak apabila terjaga dari tidur mainan bergerak secara tiba-tiba?Meremang bulu roma kalau tetiba bunyi benda pelik-pelik, apatah lagi ketika berada berseorangan di rumah.

Itulah pengalaman  yang dialami oleh seorang gadis ini mendakwa apabila dia terjaga dari lena pada pukul 3 pagi, dia mendapati mainan kaktus berjoget tersebut tiba-tiba berbunyi walaupun sudah tutup suisnya.

Perkongsian misteri ini dikongsikan menerusi laman Tiktoknya Mysaralyaa mengenai pengalamannya meraih lebih 39 ribu tanda suka.

“Terlelap tido pahtu bunyi, dah off tapi kenape bunyi seram, 3 pagi kut?”

Katanya lagi, dia terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi bising daripada mainan tersebut. Ya, ini memang kejadian menyeramkan dan menakutkan ramai orang.

Rata-rata orang ramai juga berasa seram dengan situasi yang dialami gadis ini.

“Aku sorang je kot takut benda ni”

“Tak berminat sebab mesti akan ade jadi macam ni”

“Takut malam-malam dia mengilai”

“sebab tu aku takkan beli bendan macam tu”

 

Sumber: Mysaralysaa