“Dah kenapa leher tu..” peminat ‘prihatin’ foto leher jinjang Uqasha di IG

“Dah kenapa leher tu..” peminat ‘prihatin’ foto leher jinjang Uqasha di IG

Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila foto terbaru yang dimuat naik aktres itu kelihatan luar biasa seolah-olah disunting secara berlebihan di bahagian leher.

Foto tersebut difahamkan telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya di mana dia dilihat hadir ke program Maharaja Lawak Mega 2021 malam tadi.

Apa yang menarik perhatian peminat adalah saiz leher yang didakwa netizen kelihatan agak pelik dan ‘terlebih’ jinjang.

 

 

Ia sekaligus mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial sama ada busana yang digayakan pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu tidak sesuai atau Uqasha telah menyunting foto secara berlebihan.

Terpanggil dengan kritikan netizen, Uqasha kemudian tampil memberi jawapan balas dan bertegas bahawa dia tidak mengubah atau menyunting foto terutamanya di bahagian leher.

“Sudah memang leher saya begitu. Hendak panjangkan leher macam mana?” balas Uqasha.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang memuji kecantikan bakal isteri kepada pelakon Kamal Adli ini yang tidak ubah seperti patung Barbie.

Terdahulu, Uqasha pernah menuai komen daripada netizen susulan tindakannya menyunting foto di bahagian pinggul agar kelihatan lebih ‘montok’ berbanding asal.