“Dah kenapa ko nak jadi ulat bulu”, Si comel mengesot di lantai macam orang puasa

“Dah kenapa ko nak jadi ulat bulu”, Si comel mengesot di lantai macam orang puasa

Telatah haiwan comel seperti kucing yang di luar jangkaan kadang-kadang cukup menghiburkan. Bukan sahaja terkejut menyaksikan karenahnya malah boleh juga mengisi kesunyian dan melegakan rasa stress. Manakan tidak haiwan yang dipelihara kadang-kadang bukan sahaja sebab comel, malah mungkin juga kerana ia antara yang manja.

Sekadar hiasan / Kredit Giphy

Sama seperti telatah seekor haiwan dalam satu rakaman ini telah mencuri hati ramai. Dalam rakaman yang dikongsikan semula oleh Instagram Senang Terhibur ini, kelihatan dua ekor kucing di dalam rumah. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila salah seekor kucing itu berbulu putih mula mengesot di atas lantai.

Di awal rakaman tersebut, memang tidak dapat dijangkakan apa yang sebenarnya kucing atau ada yang memanggilnya si bulus ini mahu lakukan. Mungkinkah si bulus mengesot ini kurang upaya? Korang saksikan sendiri telatah si bulus buat hal ini dalam rakaman yang dimuat naik berikut:

Nakal ya kucing ini, buat hal betul mengusik rakannya yang sedap duduk baik-baik itu! Perkongsian rakaman si bulus buat hal mengesot di lantai ini telah membuatkan warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen.