“Dah kahwin,dah lepas.. jangan lupa tarikh naik mahkamah 26 Januari” – Adam Shahz
Pelakon, Adam Shahz berkongsi rasa gembira atas berita perkahwinan bekas isterinya, Fatin Afeefa yang disahkan bernikah malam semalam.
Adam ketika dihubungi turut mengingatkan Fatin supaya tidak lupa akan tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.
“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.
“Dah kahwin, dah lepas, cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” katanya kepada Harian Metro.
Adam yang kini berada di Thailand berkata, ini adalah perbicaraan kali pertama mereka bagi menuntut hak penjagaan anak, Ivy Herra Sophia, 7.
“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja. Dah kahwin, dah lepas…
“…cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” kata Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani.
Aktor filem Juvana itu berkata, proses tersebut adalah perbicaraan pertama bagi menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia yang berusia tujuh tahun.
“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.
“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan mahkamah.
“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.
“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” ujarnya.
Tambah Adam, dia tiada sebarang isu lagi sebaliknya hanya ingin menuntut hak sebagai bapa selepas melalui beberapa ‘episod’ kenyataan balas bersama Fatin yang juga seorang aktres.
“Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” kongsinya.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai empat tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Ivy selain Fatin turut memiliki seorang lagi cahaya mata Adam Aisy Arrian, 10, menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri) , Instagram Adam Shahz