Dah habis ‘Iddah’ ke? Nadia Brian sakan berjalan setelah bercerai

Rasanya ramai yang dah tahu bahawa pelakon Nadia Brian sudahpun bercerai dengan bekas suaminya, Muizz Nasruddin selepas mendirikan rumah tangga pada November 2019.

Semalam, Nadia Brian membuat satu perkongsian di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan dia sedang ‘berposing’ ketika berada di sebuah shopping mall.

Jika lihat di ruangan komen, netizen mempersoalkan tentang tempoh iddah apabila seseorang wanita itu baru saja bercerai dengan bekas pasangannya.

Ramai yang menegur kerana mendakwa bahawa berbuatan Nadia Brian seakan mengendahkan hukum agama. Hukum tetap hukum, apapun kita sebagai umat islam tidak salah untuk menegur sesiapa saja jika saudara seagama kita melakukan kesilapan.