“Dah cukup ‘slow’ turun tangga” , Panda tergolek sampai bawah bikin ramai terhibur

“Dah cukup ‘slow’ turun tangga” , Panda tergolek sampai bawah bikin ramai terhibur

Selain kucing, panda merupakan haiwan comel kegemaran ramai orang. Melihat gelagat si gempal yang gebu itu menempel pada kaki penjaga mereka pun boleh membuatkan ramai geli hati.

Bukan itu sahaja, kadangkala ada sahaja aksi mereka ketika menyendiri yang boleh buatkan kita tak kering gusi. Seperti gelagat seekor panda ini yang cuba menuruni tangga dengan berhati-hati.

Namun begitu, si comel ini telah tersilap langkah, membuatkan ia tergolek sehingga ke bawah bagaikan sebuah anak patung panda yang pasrah dengan nasibnya.

Video itu telah membuatkan orang ramai terhibur dan meninggalkan komen lucu mengenai panda berkenaan. Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan watak Po seperti dalam filem Kungfu Panda.

‘Musuh’ lama

Penat belajar dengan sifu

“Jangan cuba di rumah”

Sumber: Nature & Animals