“Dah cakap tak nak sos tapi letak juga”, Dia sanggup basuh burger sebelum makan

“Dah cakap tak nak sos tapi letak juga”, Dia sanggup basuh burger sebelum makan

Jika disebut menu burger, sudah pastinya ia menjadi menu kegemaran hampir semua orang lagi-lagi generasi muda. Namun, begitu setiap individu mempunyai cita rasa yang tersendiri ketika menikmati burger tersebut sama ada dibeli di tepi jalan mahupun di restoran-restoran mewah.

 

Beli burger ada sos pula

 

Seperti perkongsian seorang individu dari negara Indonesia, menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, meluahkan rasa kecewa apabila burger yang diterima tidak seperti mana yang telah ditempah olehnya. Menurut pemilik video ini, dia sudah memberitahu peniaga burger itu yang dia sama sekali tidak mahukan sos namun, permintaannya sama sekali tidak ditunaikan.

Paling tak suka burger diletak sos, bukan sebab tak suka pedas. Padahal dah cakap jangan letak sos walaupun sikit.

Menerusi video ini, individu berkenaan dilihat ‘membasuh’ burger tersebut bagi menghilangkan rasa sos berkenaan. Pada masa yang sama, dia turut menjelaskan rasa asli yang terdapat pada sumber protein itu tergangggu berikutan kehadiran sos pada burger itu.

Bagi aku, burger dan kebab kalau diletakkan sos rasanya macam makan roti dengan sos. Daging telur dan lain-lain tak rasa disebabkan ‘ditutup’ dengan rasa sos.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa ‘pelik’ dengan apa yang dilakukan olehnya namun, terdapat juga individu yang turut mempraktikkan kaedah tersebut.

Video penuh:

@ivymeowmy

Paling gak suka burger dikasi saos. Bukan krna gak suka pedes🙃

♬ Langit – punyamu

Kenapa buat macam tu?

Sumber: Ivymeowmy