“Dah bosan hidup ke?” pemuda rakam aksi menyelit bawah lori undang kecaman netizen

“Dah bosan hidup ke?” pemuda rakam aksi menyelit bawah lori undang kecaman netizen

 

Tular di Twitter video memaparkan seorang pemuda yang menunggang motosikal dengan cara yang merbahaya.

Menerusi video tersebut dapat dilihat pemuda tersebut merakam aksinya yang menyelit secara merbahaya di bawah sebuah lori treler sewaktu menunggang motor di atas jalanraya.

 

 

Tindakan pemuda tersebut mengundang kecaman netizen yang menganggap perbuatannya itu bukan sahaja membahayakan dirinya bahkan boleh mengundang bahaya terhadap pengguna jalanraya yang lain.

Dah bosan nak hidup lah tu

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemuda tersebut dan berharap dia dikenakan tindakan.

Tak ada kerja, cari kerja pemuda ni. Nanti kalau kena langgar, pemandu lori tu juga disalahkannya.

Kredit: Twitter