Dah boring dipanggil lebai, Pas mahu diberi gelaran Dato’

Pas Wilayah Persekutuan mecadangkan supaya kerajaan negeri yang dipimpin Pas menganugerahkan pangkat atau gelaran Dato’ kepada Yang Dipertua Pas Kawasan-kawasan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Wilayah, Abdul Rani Mohamad Daud, berkata, gelaran Dato’ itu turut dicadangkan diberi kepada Pesuruhjaya Negeri-negeri, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bertujuan untuk menarik sokongan rakyat kepada Pas.

Katanya, cadangan tersebut diyakini dapat memberi rasa hormat dan keterujaan kepada masyarakat setempat terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki pangkat.

Sumber: Perak Insights