Dah beli kek nak sambut ‘birthday’, keluarga reda anak maut motor jatuh tebing
Tidak dinafikan kehilangan individu tersayang merupakan fasa yang amat memedihkan. Namun, sebagai hambaNya kita perlu percaya dengan rukun iman keenam iaitu percaya kepada Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Seperti perkongsian seorang gadis dikenali sebagai Khaleeda Nasuha menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok, menceritakan adik tersayangnya sudah dijemput Sang Pencipta susulan terlibat dalam sebuah kemalangan.
Tak sempat sambut birthday
Foto: Tangkap layar video
Ujar gadis ini, adik kelimanya dikenali sebagai Kakde berusia 21 tahun, meninggal dunia Rabu yang lepas, setelah motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas jatuh ke dalam tebing. Difahamkan, keluarganya telah merancang dan membeli kek untuk menyambut hari jadinya yang ke-21 namun, rancangan tersebut sama sekali tidak berjaya.
Hari kejadian tu, satu family nak sambut birthday dia (Kakde), adik yang nombor 5. Memang tunggu dia balik, dia balik lambat haritu. Dia sempat voice dekat umi dia cakap dia ada meeting dengan jabatan. So dia balik pukul 2.50 petang then dia dia balik rumah and ambil list untuk pergi ke kedai.
Pada masa yang sama, dia menjelaskan keluarganya sudah mula risau berikutan adiknya yang tidak pulang ke rumah sebelum menerima satu panggilan daripada nombor tidak dikenali menceritakan perkara sebenar apa yang telah menimpa arwah adiknya.
Lepas itu, dia dah pergi kedai apa semua, then kitorang tunggu sampailah sudah dia tak balik tau. Dia keluar rumah pukul 3 petang, pukul 4 tak balik lagi, pukul 5 tak balik lagi, pukul 6 tak balik lagi. So macam dah tak sedap hati sangat-sangat so ayah aku pergi cari dekat area pekan satu pekan dia cari tapi tak jumpa and adik aku cari dekat tempat kerja dia pun tak jumpa.
Berbicara lebih lanjut, gadis ini turut menceritakan jalan yang digunakan oleh adiknya pada hari kejadian, bukanlah jalan selalu yang digunakan dalam erti kata yang lain pada hari berkenaan adiknya telah menggunakan jalan yang lain.
Sampailah pukul 6.30 tu ada orang call cakap yang adik excident. Time tu memang dah rushing and pergi dekat tempat kejadian sampai-sampai je ayah aku terus pengsan sebab dia ada penyakit jantung memang cuak time tu. Lepas itu, orang cakap arwah dah tak ada, dia dah tak ada.
Dia excident naik moto sorang, excident jatuh jurang. Kawasan cerun tu tinggi dan terbabas jatuh ke dalam jurang. Maybe moto dia time tu hilang kawalan, tapi moto tu sebenarnya tak ada apa-apa pun sebab abah pakai, abang pakai, adik lain pakai. So memang moto tu ok.
Video penuh:
@khaleeda_nasuha Reply to @kepalabetik
Sumber: Khaleeda Nasuha