“Dah 8 tahun…”, Hidup dalam timbunan sampah, malah alami lumpuh pula
Seorang lelaki dikatakan telah hidup dalam timbunan Sampah dan najis di dalam rumahnya di Kampung Padang Enggang, Kota Bahru selama lebih kurang 8 tahun oleh kerana tidak mahu menyusahkan anak serta ibunya yang telah pun uzur.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mohd Wardi Mustafa, 57, tinggal bersebelahan dengan emaknya, Zaharah Mat Yunus, 78, yang hanya dipisahkan dengan dinding konkrit.
Keadaan bilik Wardi dipenuhi dengan sampah sarap yang terdiri daripada sisa dan bekas makanan kerana beliau tidak mampu menguruskannya oleh kerana beliau mengalami lumpuh sebelah kiri badan akibat kemalangan lapan tahun lalu.
Katanya, sebelum ini Wardi bekerja sebagai Mekanik untuk menyara keluarga, tetapi selepas mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal, dia tidak lagi berdaya untuk berbuat apa-apa.
Lebih sebulan saya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sebelum dibenarkan pulang ke rumah dan sejak itu saya mengambil keputusan tinggal bersendirian selain tidak mahu membebankan anak serta ibu yang sudah uzur serta mengalami masalah nyanyuk.
Untuk mandi dan membuang kecil atau besar saya akan mengesot sendiri ke tandas menggunakan kudrat yang ada, manakala makan minum pula dihantar oleh anak cucu atau jiran.
Terdahulu, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, Mahadi Awang melawat keluarga berkenaan dan menghulurkan sumbangan barangan keperluan asas bagi meringankan beban keluarga Wardi.
Wardi berkata, selepas kematian isteri keduanya tahun lalu, anak perempuannya pernah mengajak untuk tinggal bersama tetapi ditolak oleh wardi kerana tidak mahu menyusahkan anak menantunya.
Wardi juga merupakan anak tunggal dalam keluarga, namun dalam keadaanya sekarang, dia tidak mampu untuk menjaga serta menguruskan ibunya. Kini, tanggungjawab itu diserahkan kepada anak perempuannya.
Mujurlah saya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, manakala ibu pula memperoleh bantuan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) RM400 sebulan yang boleh digunakan untuk membeli barang keperluan.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi anaknya, Siti Nor Idayu di talian 012-9677348.
Kredit: Harian Metro